SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Logo KRS

            Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. 

            Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). 


                  Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

Barisan Sekretariat Kebangsaan. Dari Kanan;
Lt. Kol. Anuar, Lt. Kol. Ahmad Farazilla, Lt. Kol. Wan Mohd
Ariffn Bin Wan Hussin
dan Lt. Kol. Ali



SEJARAH PENUBUHAN TKRS SK.INTAN BAIDURI

           Tunas Kadet Remaja TKRS Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri ditubuhkan pada awal tahun 2009 dengan daya usaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah (ketika Itu) Hj. Shafiei B Mohd Noor (kini Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan dibantu dan diurus oleh Cikgu Mohamad Faizal B Mat Sham.

Logo Rasmi TKRS SKIB
           Pada Awal Penubuhannya, ahli-ahli pasukan ini dianggotai oleh murid yang terpilih dari murid Tahun 4, 5 dan 6 ( 2009 ). Manakala Penasihat Kadet bersama GPK Kokurikum telah melantik beberapa orang guru lagi seperti Cikgu Rohayati,Cikgu Ayu dan Cikgu Umi Suraiya bagi bersama-sama memimpin pasukan ini.


           Pada tahun 2010, Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Intan Baiduri telah menerima nafas baru (Pemimpin Baru) iaitu Cikgu Mohammad Ikhram B Aziz. Dengan Kehadiran Cikgu Mohammad Ikhram B Aziz ini pasukan TKRS SK Intan Baiduri telah melangkah setapak lagi dengan menyertai pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri buat pertama kalinya.


          
Team TKRS SKIB 2009
           

Perbarisan Sempena Hari Wilayah  2013

            Selain daripada aktiviti mingguan yang dijalankan pada setiap minggu , Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah SKIB telah berkembang  dengan lebih cemerlang lagi dengan menyertai beberapa pertandingan kawad kaki peringkat negeri dan telah banyak kejayaan yang telah diraih oleh pasukan ini.Syabas diucapkan kepada semua warga kadet TKRS SKIB!








No comments:

Post a Comment